- Keturunan Jika ibu atau kakak ada masalah rahim jatuh, anda berisiko untuk menjalani pembedahan membetulkan peranakan.
- Usia Semakin tua usia, risiko lebih tinggi.
- Penuaan Otot levator bertambah anjal seiiring usia yang meningkat.
- Menopaus
- Obesiti Lagi obes seseorang itu, lagi mudah untuk rahim jatuh akibat tekanan dalam perut.
- Mengandung
- Bersalin Terlalu kerap
- Jarak kehamilan Hamil dalam masa yang terlalu rapat
- Bayi besar Saiz bayi yang besar semasa bersalin normal meninggikan peluang rahim jatuh.
- Proses bersalin Jangkamasa bersalin yang terlalu panjang
- Kaedah melahirkan anak Menggunakan kaedah vakum atau forsep
- Ketumbuhan Cyst dan fibroid
- Batuk yang teruk Tekanan abdomen boleh menyebabkan organ peranakan turun.
- Sembelit teruk yang memerlukan individu kerap meneran.
- Kerap mengangkat berat
- Pembedahan pada bahagian pelvis, membetulkan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang
- Jatuh terhentak Contohnya jatuh tangga, dan jatuh bahagian punggung dahulu.
- Koyakan akibat bersalin normal, sama ada sedikit atau melalui guntingan episiotomi.
- Tidak berpantang dengan baik selepas melahirkan anak atau keguguran
- Suka menolak barang menggunakan ibu jari kaki
- Terlalu lasak Melakukan aktiviti bersukan atau aktiviti outdoor yang memerlukan pergerakan besar.
- Merokok menyebabkan individu kerap batuk, dan ini boleh menyebabkan tekanan pada abdomen.
- Lakukan kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis.
- Bersenam dengan kerap.
- Amalkan pemakanan yang seimbang untuk mengelakkan sembelit.
- Jangan meneran terlalu kuat semasa membuang air besar.
- Pakai bengkung.
- Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
- Jarakkan kehamilan.
- Jika anda mengalami masalah obesiti, ikhtiar turunkan berat badan.
- Jangan terlalu kerap mengangkat benda berat.
- Jangan menolak barang dengan ibu jari kaki.
- Jangan terlalu lasak.
- Elakkan berdiri terlalu lama.